
Pewarna yang sering digunakan dalam makanan boleh terbahagi kepada dua iaitu pewarna sintetis(buatan) dan pewarna natural.
Pewarna sintetis pada umumnya diperbuat daripada bahan-bahan kimia. Misalnya tartrazin untuk warna kuning, allura red untuk warna merah, dan seterusnya.
Kadang-kadang pengusaha makanan juga menggunakan pewarna pada makanan yang tidak perlu menggunakan bahan pewarna untuk memberikan warna pada makanan.Misalnya penggunaan rhodamin B yang sering digunakan untuk mewarnai minuman sirap. Penggunaan pewarna jenis ini tentu saja dilarang keras kerana boleh menimbulkan kanser dan penyakit-penyakit lain.
Bahan pewarna sintetis yang boleh digunakan untuk makanan pun harus mematuhi had yang ditetapkan kerana pada dasarnya, setiap benda sintetis yang masuk ke dalam tubuh kita akan memberi kesan. Beberapa negara maju, seperti Eropah telah melarang penggunaan pewarna sintetis tersebut.
Disediakan oleh: Dharishanad 206215
No comments:
Post a Comment