
Kesuntukan masa
Kesuntukan masa yang dialami menyebabkan makanan segera menjadi pilihan. Penyediaannya yang cepat dan ringkas memudahkannya untuk disediakan. Contohnya, mi segera hanya mengambil masa dua minit untuk disediakan.
Pengaruh iklan
Pelbagai citarasa dan warna yang menarik memberi kesan psikologi untuk menikmati makanan segera. Contohnya, restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken memilih slogan “Sedap hingga menjilat jari” sebagai cogan kata bagi makanan segera oleh restoran tersebut.
Perkhidmatan
Pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan restoran makanan segera menyebabkan ramai yang memilih makanan segera sebagai pilihan. Contohnya, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan segera dengan hanya memesan makanan melalui talian bebas tol restoran makanan segera terbabit.
Disediakan oleh: Nursakila Saleng 206336
No comments:
Post a Comment