Wednesday, August 11, 2010

Apakah itu makanan segera??



Makanan segera kebiasaannya diperolehi daripada premis-premis makanan yang berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa.
Ramai yang beranggapan bahawa makanan segera merupakan makanan yang dihasilkan oleh restoran terkemuka seperti Mc Donald, Burger King, Marrybrown, dan Kenny Roger Roaster. Hakikatnya makanan segera turut merangkumi makanan yang telah disejukbekukan.
Hampir seluruh penduduk dunia meminati makanan segera. Rakyat Malaysia turut tergolong dalam golongan ini. Bahan kandungan makanan segera seperti lemak trans, garam, gula, bahan pengawet dan bahan pewarna akan memberi kesan buruk kepada kesihatan pengguna.

Disediakan oleh: Najwa Syahirah Bt Ahmad Salman 206271

1 comment:

  1. komen saya

    kenapa tak ada kod kursus dan nama kursus..
    kenapa tak ada nama pelajar bagi setiap entri dan no matrik..

    semak kembali ejaan dan ayat..
    yang terlalu panjang 50-80 patah perkataan sahaja..

    yang lain ok... minggu 8 hantar..
    selamat berjaya

    ReplyDelete